5 killer terbaik di dunia dalam bidang sepak takraw

5 Killer Sepak Takraw Terbaik Dunia Yang Menggerunkan Lawan Dengan Libasan Mereka
Untuk membuat libasan ataupun rejaman di dalam sukan sepak takraw memerlukan seseorang pemain mempunyai kemahiran yang baik. Selain itu, para pemain juga perlu melompat tinggi untuk memastikan bola yang dilibas akan pergi lebih laju dan menjunam lalu akan menyukarkan pemain lawan untuk menahan bola tersebut dengan baik.
Terdapat 3 jenis libasan yang boleh digunakan oleh pemain-pemain sepak takraw. Pertama ialah libasan gulung. Kedua ialah libasan sisi dan ketiga ialah libasan tapak.
Libasan ini biasanya dilakukan oleh pemain apit kanan dan selalunya pemain di posisi ini dipanggil killer. Untuk memastikan killer boleh membuat libasan yang hebat, apit kanan perlu memastikan bola yang dihantar kepada killer cukup tinggi dan menegak agar ia dapat dilibas dengan elok.
Dalam dunia sukan sepak takraw ini, ada 5 pemain killer yang cukup digeruni lawan apabila bertemu dengan mereka. 4 daripada 5 pemain ini menggunakan libasan gulung untuk melibas bola. Jom kita tengok siapakah mereka.
Kredit foto: seagames2015.com
Kredit foto: seagames2015.com

Rheyjey Ortouste

Pemain ini mewakili Filipina dan baru berusia 21 tahun. Beliau mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan ini kerana usianya yang masih muda. Jenis libasan yang digunakan oleh Rheyjey ialah libasan gulung. Libasan bolanya pernah mencecah kelajuan 58 km/j.

Kredit foto: Zimbio

An Soo Im

Pemain sepak takraw ini berasal dari Korea Selatan dan apa yang mengkagumkan ialah, Korea Selatan kini semakin berkembang menjadi kuasa baru dalam sukan sepak takraw setelah sekian lama dikuasai oleh negara-negara di Asia Tenggara. Im An Soo membuat libasan jenis libasan sisi dan kelajuan libasannya pernah mencecah 62 km/j. Sekali sekala beliau juga boleh membuat libasan gulung.
Kredit foto: Getty Images
Kredit foto: Getty Images

Thaweesak Thongsai

Walaupun Thailand adalah sebuah nama gergasi yang cukup digeruni dalam dunia sepak takraw ini, tetapi nama Thaweesak Thongsai sebelum ini tidak pernah didengari sehinggalah pada tahun 2014 nama beliau tiba-tiba melonjak naik gara-gara kehebatan libasannya. Thaweesak adalah seorang killer yang membuat libasan gulung dan libasannya pernah mencecah kelajuan 60 km/j.

Kredit foto: The Guardian
Kredit foto: The Guardian

Khairol Zaman

Pemain sepak takraw dari Malaysia ini mula menempah nama sebagai pemain sepak takraw antarabangsa pada tahun 2014. Kelajuan libasan yang dilakukan Khairol Zaman pernah mencecah kelajuan 60 km/j. Beliau kini sedang beraksi dalam Sepak Takraw League (STL) dan mewakili kelab Black Panthers Penang.
Kredit foto: The Telegraph
Kredit foto: The Telegraph

Anuwat Chaichana

Thailand sememangnya sebuah negara yang mampu melahirkan pemain-pemain sepak takraw berbakat besar. Walaupun sudah ada killer hebat seperti Thaweesak Thongsai, mereka ada satu lagi killer yang lebih hebat iaitu Anuwat Chaichana. Libasan gulung Anuwat pernah mencatatkan kelajuan 72 km/j dan kelajuan seperti ini pastinya akan menyukarkan sesiapa sahaja untuk menahan bola yang dilibas Anuwat.
Itulah dia 5 killer terhebat dalam sukan sepak takraw. Killer sememangnya watak penting bagi mana-mana pasukan untuk mendapatkan mata dan seterusnya memberi kemenangan kepada pasukan masing-masing.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

UKURAN LAPANGAN SEPAK TAKRAW STANDAR NASIONAL INTERNASIONAL DAN GAMBARNYA

posisi dan tugas pemain takraw